Friday, 18 September 2009

Pengalaman bersalin Amir Faris


Kebanyakan result EDD yang dikeluarkan oleh pihak hospital agak tepat..EDD aku untuk bersalin adalah pada minggu ke 40 which is 6 september 2009.Walaupun dah tau dah nak dekat due date, tapi hatiku masih bimbang kalau2 terlebih due..maklumla..takut jarum..risau je kalu nak kena inject ke hapa ka..

Pada 2 Sept 2009, aku telah diberikan tanda menandakan akan berakhirnya tempoh aku mengandung.Lain2 orang, lain2 tandanya..macam aku, sudah keluar sedikit darah macam darah last period tu..hampir lima hari juga..hari rabu,khamis,jumaat,sabtu dan ahad.EDD aku sepatutnya ahad.Tapi aku takda pulak rasa sakit2..Midwife kata kalu nak bersalin cepat, on time..kena jalan banyak2..so dalam keadaan yang berat perut, aku pun berjalan-jalan exercise setiap pagi dan petang ke pendarosa park dan weston park..jalan kaki naik bukit turun bukit..pi tesco pun jalan kaki..penat nya..

Semakin hari rasa macam semakin lama..walaupun selama ni bawak 9 bulan, tp tak terasa lama..cuma bila dah dekat2 ni, rasa macam amat2 tak sabar..bila la nak bersalin ni..pada malam sabtu tu, dah rasa sakit sikit2..ala, cam sakit perut biasa ja..cumanya sbb timing so consistent, every 10 minutes sakit..so aku pun call la triage..Triage ni macam bilik pra-labour la..dia akan inspect kita, kalu dah ready dia akan transter ke wad atau labour room.Kalu 5cm dia masukkan ke labour room, kalu 3-4cm dia akan masukkan ke wad dulu kalu ada wad kosong..depend la..

Kisah huby..nampak gak dia gabra sikit2..ehhehe..bawak keta pun ala2 kurang cool sikit..tapi maintain..ehehhe..yerla sbb aku takla sakit sangat..

Masa aku gi ni 5 Sept 2009, Kul 12.30 mlm..Midwife check, serviks baru bukak 2cm..wa..sakitnya kena seluk..lamanya aku rasa, baru bukak 2cm..aku disuruh balik dan diberikan co-codamol..ubat tahan sakit..(org kata klu bersalin kat mesia dia tak bg ubat2 ni..huh..)tapi sbb aku takla sakit gila2 so aku tak makan ubat dia bg ni mulanya..Balik umah, takla boleh tido sgt, sbb aku risau terberanak kat umah..ya la..anak sulung..apa pun tak tau..aku lepak kat umah je pastu.Huby suh exercise naik tangga turun tangga umah aku..setiap kali exercise aku naik turun 10 kali.Masa kul 3 ptg tu, izza kol aku, suh aku makan ubat co-codamol tu n tido..dapatkan rehat..akupun amikla..n dapatla tido dalam sejam setengah gitu..bangun makan nasi..tp takla makan beria, sbb cam senak2 gitu..Lepas huby bukak posa, aku pun dok exercise lagi naik turun tangga..tetiba..adui..sakitnya perut..cam nak buang air besar pun ada..aku pun masuk toilet, duduk punya la lama..tapi sakit tak ilang2..huby tanya, nak call triage ke? aku ckp tanak..sbb bukan apa..malas nak gi, kang dia seluk lagi...gerun je..pastu kena balik..tanak la..lepas setengah jam..tak ilang lagi..sakitnya semakin kuat sampai aku takle nak jalan..

Muka huby cuak gak dah la time ni..Huby cepat2 amik tepon,aku dah takle nak ckp da..dia kol triage..triage suh dtg..so, huby dukung aku..sbb aku dah takle nak jalan sgt da..gabra suamiku membawa kereta..sampai je semua midwife busy..terpaksala aku tahan sakit dekat setengah jam..pastu baru ada midwife datang..busy sungguh labour room this time..lepas inspection, serviks dah bukak 7cm..so admit labour ward...sungguh cantik ward ni..ada pic, tp sbb tak pakai tudung, so aku tak letak dlm blog ni..Aku diberikan gas untuk tahan sakit..huh..lega rasanya dapat gas ni..siap leh makan kurma+air zam2 yg kak ita bagi serta midwife buatkan air kopi utk huby serta roti bakar..Lapar sgt time ni sbb drg nak tunggu sampai kul 4 pagi nak tgk dah fully open ke 10cm ke idak..tp makan roti ttp tak sama ngn makan nasi..nak nasi..nyesal tak makan byk2 sblm mai spital..

Huh..penderitaan bermula pukul 4 pagi bila midwife kata bukan 7cm yg bukak, tapi 5-6cm je..aku rasa sbb tangan dia besar..tangan midwife sorang lagi tu kecik je..give up aku..pastu dia nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses pembukaan serviks..mak ai..panjangnya alat dia pakai, ala2 cam hanger tp runcing..lepas dia seluk, dia tarik lapisan yang mengandungi cecair amniotik tu, mak aii..nak jerit rasanya sakit...hanya tuhan sahaja yang tahu..by this time, gas dah tak jalan dah..tak berkesan..lalu lantas aku mintak epidural, sbb midwife aku (Pippa Ward) cadangkan amik epidural untuk elakkan rasa sakit..tp malangnya, dr sumer kat operation theatre..waaaaaaaaaaa...sakitnya..

Midwife suggest amik morphine..lama dia dok pujuk aku..aku bukan tanak..maleh nak tahan sakit..sungguh berhemah dia pujuk aku..Lepas setengah jam, midwife suntik morphine untuk hilangkan rasa sakit..tapi agak lama juga nak tunggu ubat ni berkesan..aku disuruh tunggu sampai kul 8.20am..lamanya..tgu lagi..aku dah mula rasa letih..ngantuk dan sebagainya..camne nak push ni..energy dah weak..dalam kul 7 am camtu, midwife bertukar shift..aku masih sakit tak tertahan..dah ada rasa nak push..masa kul 7 pagi tu..Midwife shift pagi ni sgt cantik, namanya Donna..bila Donna amik alih, dia cuba carikkan dr utk buat epi, tp bila dia check serviks aku..katanya dah 8 1/2...tgu jap je dia kata..dah tak suggest aku amik epidural..dalam setengah jam camtu aku dah tak tahan sakit yang teramat sangat..dalam tak tertahan sakit ni,boleh dia suruh aku bangun gi empty bowel..ayakk..camne nak bangun..terpaksa la aku bangun dalam kepayahan itu..bangun je, jalan sikit..terus muntah..sian Donna, baru masuk shift dah terpaksa cuci muntah aku..huby pulak setia memapah aku ke toilet..toilet cantik..ensuite lagi, tp aku mmg takde mood nak gi toilet..yer la..mood nak beranak..naik je atas katil, tetiba ada rasa nak push..aku bgtau Donna..please..i want to push..bila dia check, dia kata ok..push..

Maka bermulalah..episod aku mem'PUSH'..contraction akan datang time by time.By the time contraction tu datang aku kena push..letih, dahaga,sakit, lapar semua ada waktu ni..hanya Allah sahaja yang tahu..kata orang, bersalin ni bagai nyawa dihujung rambut mmg ada kebenarannya..insaf aku buat seketika..Huby pula dah tak keruan selepas sejam aku push tapi baby tak juga keluar..cuak dia..peluh meleleh dibilik air-cond disamping tingkap terbuka luas dengan cuaca uk yang agak sejuk ini..Huby kol adik suh kol mak mertua aku bacakan yasin..lepas sejam tak keluar, aku teruskan usaha gigih aku untuk push lagi..jam dah nak pukul 10 pagi..tenagaku dah semakin hilang..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku teruskan urusanku ini..Ya Allah, sempurnakanlah zuriatku ini..



Dalam pukul 10++ pagi, aku masih tidak dapat keluarkan anakku ini..Kedengaran suara Donna memanggil pakar datang ke labour room..hah..sudah..gabra aku dibuatnya bila Dr lelaki berbangsa india campur ini menyapaku..alamak.dah nak kena operate ke aku ni..Sok..sek..sok..sek..Donna berbincang dengan Dr tu..aku dah tak dapat dengar dengan jelas sbb sakit tak tertahan-tahan..kulihat air muka suamiku, sudah berubah menjadi tidak keruan..aku nekad untuk push lagi, walaumacam mana sekalipun..tanak operateeeeeeeeee...

Dalam pukul 10.30pagi, dr tu decide nak suntik hormon oxcitoxin dalam badan aku..dia meminta kebenaranku untuk masukkan hormon tersebut..aku hanya pasrah sbb takda daya aku nak buat apa-apa..bak kata orang, dr nak nak buat apa dr buat la..saya rela..uhuhu..Lepas hormon ini disuntik, semakin kuat rasa contraction...gap between contraction jugak amat dekat dan each contraction tu agak lama..sempat la nak tarik nafas kejap dan hembus lama2..kupeluk erat suamiku, lalu ku'PUSH' sekuat hati tanpa henti nafas sebanyak 15 kali..(kalu la besi katil tu kayu, aku rasa dah lama besi tu patah,kayu jati pun belom tentu tahan)..akhirnyaaaaaaaa pada pukul 11.05pagi(sama waktu aku dilahirkan)...kudengar juga suara anakku buat pertama kali...(kua..kua..kua.....syukurrrrrrrrrrrrr..)Lepas je baby kuar, huby pun disuruh oleh midwife untuk potong cord..ahahha..tgk huby nervous jugak, yer la..dia eng..bukan doktot..tapi nampak la muka lega huby bila baby dah keluar..lepas cord dipotong, cepat2 midwife letakkan baby atas dada aku..terus aku nangis..rasa sebak berbaur gembira..akhirnya..

Kedengaran suara suamiku mengazankan anakku..alhamdulillah..kupanjatkan kesyukuran kepada illahi atas kurniannya..penantian aku selama lima tahun..berakhir pada 7 sept 2009.

Lepas seronok2 pegang baby..dah 3 consultant tu datang balik..setelah Donna berbincang2 dengan consultant, drg decide nak repair luka aku kat operation theatre..katanya sbb 3rd degree tear..wah..apakah itu?? bunyi cam gerun je..Lepas 10 minit, datang sorang minah saleh yang amat cantik..dia memperkenalkan dirinya sebagai cathy..dia pakar anasthetic..rupanya dia nak cakap dia nk bubuh anasthetic kat aku..which is, half below of my body will die for about 1 hour..caranya adalah suntik hormon di tulang belakang..Waaaaaa...tak abis lagi ka..dalam keadaan ngantuk,letih,bla..bla..yang teramat, aku pun sain je la..

Sampai kat operation theatre, keadaan busy macam kat pasar..punya la ramai pakar..tapi 70% lelaki dan 60% of the are male..malunya..ngan aku dok tayang segala-galanya..apa nak buat..Midwife aku sentiasa ada kat tepi..dia hold tangan aku sbb time ni huby takle masuk..sakitnya bila dia suntik tulang blakang..pas dah siap..aku tgk kaki aku digantung cam daging salai je..tp oleh sebab letih sangat, aku mintak untuk tidur aja..

Lepas 30-40 minit camtu,aku tiba2 tersedar..seorang lelaki inggeris menyapaku.. 'GOOD MORNING MUMMY..we're done..you can see your little boy now' ..huh..lega rasanya..lepas salin baju semua, aku ditolak balik ke labour room.Tapi kaki masih tidak dapat digerakkan..sampai je, Faris macam tau2 ibu dia dah balik..baru dia nangis..kata huby..aku pun terus amik faris dan susukan dia..

Petang tu, dalam pukul 3, aku dihantar ke Rivelin ward, room no 3.Rivelin ward ni untuk orang yang bersalin normal dan juga operation.Lama jugak aku kat ward ni..sampai jadi favourite patient da..orang lain bersalin terus balik..aku ngn faris..4 hari jugak la..Walaupun seksa dok spital, tp alhamdulillah..ada hikmahnya..banyak benda yang aku tak tau diajar oleh midwife kat aku disini..kenangan di Jessop wing ni akan kuingat sampai akhir hayat..Thanks to all midwife yg manjaga Faris..( Drg panggil Faris 'Little young man' and 'Little Faris')..drg suka sgt sbb Faris je kat situ yg black hair..eheheh..yang lain sumer brown hair...ehehhe..

Ok Faris..nie catatan ibu semasa melahirkanmu..blom lagi catatan menjagamu..wa..kalu kutulis, tak tau muat tak blog ni..akhir kata..ibu dan ayah sangat sayangkan Amir Faris...muahhhhhhhh

Me and Midwife Donna at labour room(cantikkan labour room ni)..posing sebelum ke operation theathre..


Kawan-kawan yang datang untuk berkongsi hari gembira di Rivelin ward

2 comments:

Agnes Kanyan @ Mummy Vish said...

mama amir did u experience any pain everytime u pass a motion after 3rd degree tear...

i also 3rd degree tear n still pain when pass motion after 2 months...

Lovely Hubby and Me said...

so far. i didnt feel any pain after that..i got phisio-theraphy 4 days before leaving the hospital..its about bowel control...i think it helps a lot..