Tuesday 23 December 2008

Jalan-Jalan LLandudno, Wales,UK

Lepas borak2 dengan Rushdi, tiba2 terkeluar la plan dia nak pi jalan-jalan wales..Destinasi dia nak gi ni namanya Llandudno, kalu org wales sebut "khandudno"..Erm..berbeza betul bahasa english dengan wales ni..Aku ngn huby tak pernah gi lagi area sini..ktrg sampai wales pun setakat area umah Kak Haziah n Abg Sabri di Cardiff masa cuti easter tahun lepas.

Wales ni beso jugak sbb United Kingdom ni terbahagi kepada 4 region which is england,wales,scotland and northern ireland.Setiap region ada bahasa dia, and bukan english la yang pastinya..masing2 berbangga dengan bahasa region masing2, cuma org mesia je, nak kecek omputih..ehehhehe

Time ni bulan 12, sejuk la..Ktrg gi naik keta.Hotel dalam 50pound je semalam area sini time2 sejuk ni..betul2 tepi pantai..kalu tak sbb ni bulan 12, jangan harap la nak dapat harga tu..area ni top n mahai yakmat..Hotel ktrg duduk ni nama dia Elsinore hotel..Time ni yang bestnya,ktrg gi beramai2..ketua rombongan adalah rushdi n Kak Anne..Credit to them sbb tempat ni mmg cantik..saujana mata memandang..Keta ktrg ditemani oleh fais n afza..Kak afza ni penulis buku, hai..banyak la kot idea dia time jalan2 ni nak tulis buku..Mujur drg join keta ktrg, sbb huby tak berani sgt drive naik bukit mencuram ni..ha..bab ni ktrg serah kat fais..ehehhe..mmg cekap bab bawak keta ni..ehehhe..