Tuesday, 26 May 2009

Laksa Penang

Minggu ni, takder activity pape..cuma buat laksa je..kak cik n izza datang lepak umah this weekend makan laksa...laksa png..tak sempat nak amik gambo..ehehe..tapi adola gambo peminat laksa..jeng..jeng..


Wednesday, 13 May 2009

Catatan 3 minggu ke Europe (France,Italy n Monaco)

Ktrg gi Europe tahun ni sebenarnya takla terancang sbb yang rancangnya adalah Niza n Azizul..Niza ni coursemate aku masa undergraduate dulu..eheh..cam lama je padahal baru setahun dua je aku grad nyer pun..Niza mendirikan rumahtangga ngn pilihan keluarganya..Walaupun aku tak kenal sgt azizul, tp sbb dia peramah..so bleh masuk la..eheh..

Bulan 12 takda activity nak buat kat Sheffield ni..skul pulak tutup rapat utk persediaan cuti christmas which is about 3 weeks jugak la..Aku ngn huby plan ke rumah niza n azizul kat France. Diorang ni study kat Touluose..tempat ni famous sbb kat sini la pesawat Airbus are made..Azizul ni buat pojek ala2 kena-mengena ngn benda ni gak la..so sbb tu drg berhijrah ke sana..

Perjalanan aku ngn huby bermula dengan menempah tiket Sheffield to london,Eurostar dari London St. Pancras International ke Paris Gare de Nord, Tube Gare De Nord to Gare de Australitz, and Train Gare de Australitz ke Tuoluose.Inilah kali pertmana aku jejak kaki ke st pancras ni..mmg beso train station ni..

Sheffield to St.Pancras Train


London St. Pancras International

Huh..jauhnya..takder flight direct nak ke sana..uhuhuhu..Plan stay sana dekat 3 mgu jugak la..lamanyaa.. Masa aku gi ni, niza tgh pregnant..anak sulung..ehehhe..bestnya tgk niza time ni..Perjalanan paling lama bila naik train dr Paris ke Tuoluose..sehari semalam kena tido dlm train..nila fst time gak aku n huby tdo dlm train..

Aku n Niza kat Umah dia di France bersama special tiramisunya.


Jalan-Jalan Kat Tuoluose


Setelah penat hillang, Niza n azizul bawak aku ngn huby jalan2 sekitar Tuoluose.Plan nak ke Italy dan Monaco ada beberapa hari lagi, so sementara nak start plan jalan2, ktrg berjalan2 dulu makan angin sekitar umah niza.Dari umah Niza nak ke metro station, ktrg naik keta a few minutes.Metro dia laju yakmat, sampai huby terkapit kat pintu masa nak langkah masuk fst time kat metro nih..Terpaksalah azizul patah balik amik huby sbb tertinggal metro..muahhaa..Metro kali ni stop kat Jean Jaures..ktrg jalan2 sekitar capitoleum.Byk supermarket kat sini berbanding UK..dan yang best skali sbb ada butik LV and Lafayet..Walaupun aku takder duit sgt time ni, sbb elaun UK terlalu sikit..tp boleh la setakat nak cuci mata..huhuu

Depan Capitoleum-trademark Tuoluose


















Hari seterusnya ktrg keluar lagi..kali ni ke Pasar arab.Azizul dok promote pisau Loqual..ish..tak tau lak nak eja..pisau ni famous la kat sini..ala2 cam sheffield, famous ngn pisau sheffield sbb industri steel..Pasar ni sama hari dengan pasar buah..mmg best sebab buah n sayurnya fresh..kat UK tak jumpa yang jual selerak2 camni..ala2 kat pasar malam kat Malaysia gitu..meriah..



Lepas beli-belah, ktrg singgah makan kat kedai arab..makan kebab..sedapnya..huby fst time minum teh ada daun pudina..terus dia suka..wah..dah jadi arab lak huby aku ni..ahahhaha..yummmyy...


Berkenalan dengan Khairul n Wida

Hari berikutnya dirumah niza, ktrg berkenalan dengan satu lagi family melayu, which is Mr Kahirul n Mrs Wida.Actually drg ni la masterplan utk trip ktrg nanti.Khairul ni actually lecturer azizul masa kat uitm dulu.. Khairul ada 2 orang permata hati yg sgt2 comei..Puteri drg nama Mariam n putera nama Muaz.Khairul dah lama menetap kat sini..sejak undergrad sampaila PhD..so, kalu bab cakap France yang berbelit tu..mmg mudah sgt la bagi dia..bunyi france abis..takdo la pelat cam aku cuma blajo kecek klate..ahahha..

Mlm tu, ktrg lepak umah Khairul which tingkat atas umah niza.Khairul ngn wida ni mmg orang yang pandai bab masak-memasak ni..kalah huby i yg terer masak nasi..muahah..jgn mare ye yang..ehehhe..Sementara tu, aku ngn niza pulak prepare laksa..ehehhe..jom layan makanan sedap2.yummy..



Cite De Carcassone

Aku ngn huby berpeluang ke Carcassone this time..From umah niza ke Carcassone, adala dlm 45 minit..Sepanjang jalan nak ke Carsassone ni, mmg pokok anggur je byk..France mmg terkenal dengan pembuatan Wine..Kat Carcassone ni, ada sebuah catsle yang amat cantik n besar.Castle ni digunakan untuk pengambaran citer Robin Hood.Kat dalam castle ni, ada umah org..masih ada orang yang tinggal dalam castle ni..Actually dulu2, castle ni dibina untuk mengelirukan musuh France..Raja France tak stay kat sini, tp drg buat seolah2 mmg raja stay situ..so kalu kena attack, raja selamat la, sbb musuh akan serang sini dulu..Ktrg lepak2 kat sini lama jugak,siap puan niza buatkan bekal nasi lemak lagi..yummy..






Carrefour France
Kat UK ada Asda,Tesco,Morrison, Sainsbury n Matalan..tapi kat France ada Carrefour..lama takgi carrefour sejak berhijrah dari Malaysia..Fst time jejak kaki ke Carrefour France,terasa best jugak sbb banyak ikan fresh kat situ..kalu kat UK cam sikit sgt ikan fresh..tp harga kat sini a little bit pricy la..berbanding ngn shopping kat Castle Market..ehehhe..

Paling heaven kat sini adalah cheese orang2 France..huh..tak tau camne drg leh makan cheese dengan begitu banyak..cam aku makan nasi je..Cheese kat sini terlalu pelbagai..satu roll panjang kat carrefour ni jual cheese aje..Cheese yang paling mahai dan tinggi kualiti kat sini adalah cheese yang paling berkulat n paling banyak ulat...iyekk..tak tau apa yg sedapnya..meremang tekak aku tgk..tp selera masing2 la kan..eheheheh


Persiapan ke Italy oleh Puan Niza
Lepas shopping a few things kat Carrefour, ktrg pun masak apa yang patut untuk dibawa bekal..Niza masak nasi impit, nasi putih n a few lauk.Banyak betul stok serondeng Niza..Ktrg plan untuk masak kat hotel..so ktrg bawak la periuk nasi..lauk2 sumer ktrg cr in the way..Orang lelaki pulak sibuk dok servis kereta..maklum la nak jalan jauh..Ktrg akan gi jalan nak keta citroen puan niza n mr azizul..ehehhe



Perjalanan Stop 1 : France - Cannes
Cannes ni tempatnya berpantai..Actually tempat org kaya2 dimana acara-acara red carpet berlangsung..artis2 hollywood suka mai sini..so banyak la keta mewah n bot2 mewah terpaking kat persisiran pantai area Cannes ni..Ktrg pulak duduk apartment, family aku n family niza share 1 apartment diatas puncak bukit..Lepas merayau2 amik gambar kat pantai ktrg balik makan, and then malamnya ktrg lepak kat area pantai n area red carpet hall.Time ni ramai org sbb dah nak christmas..



Perjalanan Stop 2 : Monaco - Monte Carlo
Pagi2 lagi ktrg dah siap masak n ready nak bertolak ke Monaco.Kat sini ktrg breakfast sendiri2 sbb ktrg sewa self service apartment.Kul 7 je, Khairul n family dah siap2 dok panaskan kereta..eheh..kagum aku..anak 2, tp cepat mengalahkan ktrg..ahahha..Negara ni kecik tapi kaya..uhuhu..perjalanan kat sini amat mencabar, sbb jalannya amat berbukit n cerun dia curam2..takut je aku..Lepas dapat parking, ktrg merayau2 sekitar Monaco palace.Cantik sungguh..huby pulak sibuk kat kedai souvenier..maklum la nak cr topi formula 1..Banyak T-shirt formula 1 jual kat sini, tp kuality aku rasa cam padang beso je..huhuhu..




Perjalanan Stop 3 : Italy - Menara Condong Pisa
Kira tiba di pisa dah malam.So ktrg plan tido kat sini.Esok pagi2 lagi, ktrg dah ready nak keluar jalan2 kat area Pisa.Famous sgt pisa ni, konon2 1/7 dari benda2 ajaib didunia..Bandar Pisa takla besar, ala2 Perlis pun ada jugak..Yang bestnya, banyak bangla jual cenderamata..ehehe..bli ngn drg la..murah sket..eheheh..



Perjalanan Stop 3 : Italy - Florencia
Actually ktrg tak plan nak tido kat sini..nie tempat romeo n juliet..eheh..tapi takdo dlm schedule Khairul utk singgah kat sini.Ktrg plan, dari Pisa terus ke Rome, and spend 2 malam kat rome.Hotel pun dah book kat Rome, tp nak dijadikan cerita..dalam perjalanan tu, kereta yg ktrg naiki tu rosak kat tengah jalan..agaknya sebab penat kot keta tu naik bukit kat Monaco sblm ni..huhuhu..lama jugak ktrg tersadai kat tgh jalan..nasib baik si Khairul boleh berbahasa france instead of italy, sbb orag2 kat sana tak reti english..gabra siott...

Keja-keja membaiki kereta azizul pun bermula disini..



Perjalanan Stop 3 : Italy - Rome
Rome merupakan salah sebuah empayar terbesar pada zaman dulu2..kerajaan rome n parsi sangat digeruni..heni, aku ngn huby sampai juga ke rome..tak sabar nak tgk tinggalan sejarah yang agung ni..oleh sbb masa dah tak berapa banyak, ktrg hanya dapat berlegar2 kejap je kat area colloseum..tak sempat nak menjelajah ke vatican city utk lihat lukisan yang bergerak tu..Ramai betul orang time ni, aku ngn huby tak berkesempatan nak bli tiket n masuk ke dalam colloseum..perjalanan masih jauh..ktrg amik gambar kat area colloseum dan sempat jugak menjamu mata bli cenderahati..ehehhe..



Jalan-jalan sekitar hotel di Florencia atau org italy sebut "Floqon".


Perjalanan Stop 3 : Italy - Venice
Perjalanan diteruskan dari Rome ke Venice. Ktrg sampai kat hotel dah nak malam, so lepas settle kan urusan masuk hotel sumer..ktrg pun kluar la kejap lepak2 cari makanan..hotel ni bukan dalam venice kena park keta kat train station n take a train about 30 minutes ke venice..tak jauh..dekat ja..cara nak bli tiket train kat sini unik sgt, kalu aku ngn huby je..alamatnya..terlepas train la ktrg...huhuhu..

Muaz dengan Maryam gembira sangat..kanak-kanak bab naik public transport ni..mmg happy..maklumla jarang2 naik..seronok tgk drg tu..

Sampai je Venice, khairul terus amik map..hai, expert betui..aku time ni nak tgk map pun tak reti..skg dah reti la, sbb slalu jadi co-pilot en sobri..kang sesat..huhu..ktrg terus amik taxi ( bot laju) ke tempat utama dalam venice n balik jalan kaki menjelajah venice..yehoooo...harga satu taxi dalm 60euro so ktrg 6 org, jatuh 10 euro sorang..mahai but reasonable..teringin nak naik gondola tp tak mampu time ni..sbb gondola 60 euro utk 2 org..huhuhu..









Monday, 11 May 2009

Ayahandaku sayang telah kembali ke rahmatullah..

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA : OSMAN BIN NAYAN

Telefon asyik berbunyi je..time tu pukul 4 pagi waktu UK..aku macam bermimpi sbb maklumla malam sebelum tu, aku mmg tak le tido walaupun sekejip..tak lama lepas tu, aku dengar lagi macam talifon bunyi..jam pulak berbunyi sebab subuh dah masuk..subuh habis pukul 5..kelam kabut aku bangun sbb nak semayang subuh..kejut huby cepat2 sbb takut tak terkejar waktu..

Lepas sembahyang subuh, plannya nak tido semula..maklum la awai lagi..baru pukul 4.45pagi..baru je nak baring, telefon bunyi lagi..aku dah tak sedap hati, sbb no. Malaysia yang naik..macam dapat kuagak je..017-44....'Hello, adik..ayah dah takder'..zzzuppp..jantungku..huby cepat2 pegang aku..dia pun dapat teka agaknya, sbb kol dari mesia waktu pagi2 buta ni..mesti ada apa2..

Terdiam kami berdua seketika.."adik..ok ka??...hello..ok ka.."..ok..nanti cari tiket balik malaysia..kataku..sekarang ni, pukul 1 tengahari..orang dah ramai kat umah kata abg zul..Rukun tetangga sumer ada, diorang akan uruskan mayat dan kebumi lepas asar..adik takyah balik la..lagipun kalu balik, tak sempat juga jumpa..adik dah balik hetu..kira taklah terkilan sangat..kalu tunggu adik balik, 14 jam je utk flight..siksa mayat..

Huby peluk aku..redha je la yang..ayah meninggal dalam tidur..mudahnya..mana tau berkat doa yang pada dia..takder sakit tenat yang menyiksakan dan sebagainya..redha ya..terkedu aku dengar huby cakap camtu...

Bila calm sikit..aku pun duduk kejap, dan doa pada ayah..ya lah..dia dipanggil mengadap illahi..takder sumer benda dalam dunia ni yang akan kekal..'Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati'..

Teringat saat aku tiba dari airport sebulan yang lalu..di hospital seberang jaya.."Cek ..cek balik tengok ayah?? cek sihat??..ayah ingat ayah dah nak mati tak dapat nak jumpa cek.., ayah rasa macam nak mati dah haritu..alhamdulillah..cek balik..boleh ayah tengok cek..lama cek pi na..bila cek nak balik dok sini??"..teringat kata2 ayah ketika aku dan sobri melangkah masuk ke wad..

Lepas ayah keluar wad, ayah sedih sgt sbb tgk muka aku ada parut campak..hari2 dia nak datang tgk aku..aku sedih sangat time tu..sapa yang tgk sapa ni..patutnya aku ..anak..yang tgk ayah..ITULAH NAMANYA AYAH...takkan sama layanan anak terhadap ayah dengan layanan ayah terhadap anak..

teringat kata-kata ayah pada huby.."cek..esok cek balik..ayah nak dok dengan cek tau"..ya allah..tak dapat kuteruskan menulis blog ni..ya allah...air mataku..ya allahh..

Sunday, 10 May 2009

BBQ Netherthorpe 2009






Lama sgt dah dok berkurung kat umah..winter pun winter..tak winter pun sejuk yakmat mengalahkan winter..Lepas lepak2 ngn kak fatiah n izza petang tu..terasa pulak nak buat bbq..asyik dok jek kak cik ajak buat bbq..ehehhe..oleh sbb cuaca selalu tak menentu, lepas tgk forecast je..plan nak buat bbq mesti tak jadi sbb sabtu ahad je ujan..tension...tension...

Minggu ni, kak cik cam nekad..nak buat bbq jugak..aku ngn mail( huby izza), tgk forecast, macam ujan, tp kak cik tgk pulak tak ujan..hai..confuse betui dengan weather kat uk..mmg horrible..

Hari jumaat tu, kak cik dah siap ngn izza dok perisi ayam nak buat satay kat umah azie(usm felow),which is budak2 bujang depan umah aku ni..ehehhe..excited aku..tapi sian drg, aku tak tolong pun potong ayam, sbb aku letih sgt..malam tu ntah nape la..sekejip pun aku tak boleh nak lelapkan mata..nak kata baby main football..dak juga..cumanya aku tak boleh tido langsung..sampai siang tu ngantuk sgt..pelik sungguh..

Menu yang aku buat adalah ayam perap dan puding jagung.Hajatnya nak buat kari ayam n nasi putih, tapi sbb dah letih memasak, n takle tido sama..aku buat puding jagung ngn ayam perap je..sambil perap ayam, dok terbayang2 satay kat umah azie dah..ehehhe..sedap resepi kak cik..sob suh mintak resepi lagi..ehehhehe

Pada hari nak berbbq, aku masak tomyam n ayam goreng untuk kak murni..kak murni accident masa main netball so, tangan dia kena operate..so helwa buat giliran memasak untuk dia sekeluarga..sian dia..turn kali ni adalah turn aku..nasib baik ada satnav, senang nak cari umah dia..kalu tak lambat jugak nak cari2 umah..then nak balik membako ayam bbq..ehehhe..macam aku je yg bako..padahal..orang lelaki yang bakonya..ehehhe

Area umah aku ni, ada a few ja family melayu..kak nita, rita, aku n huby, kak sally, kak CT, izza mail n kak cik..7 family and 1 umah budak2 bujang..Yang join bbq ni bukan semua community kat sheffield, just orang2 dekat qaryah je..tp itupun aku rasa dah cukup meriah..

sampai2 je, abg zaini n the geng siap dah dok bako satay..ada 300++cucuk semuanya..aku apalagi, duduk ngadap tepi api tu, sbb nak makan yang panas2..huby letak 2-3 cucuk..zzzzzuppp..ilang masuk dalam perut..then abg zaini letak secekak..ehhe..perli aku yer..takpe makan utk 2 org..ehehhe..baik nyer alasan..ehehhe...aku ngn izza, dua mak buyung yang dok ngadap tepi api, sbb nak makan yg panas2..ehehheh..

Heni aku makan semakan-makannya..sedap nasi impit kak sally n kuah kacang mak rita..aku makan dengan sepuas-puasnya..Aku ngn izza pulak, kalu tak sbb cacing kuar dr tanah, tak berganjak ktrg dari makan tepi api bbq tu..kecoh dibuatnya..abis kisah makan satay, kak lina sampai bawak rojak buah..hah..rojak pulakkk..tak tau la kalu timbang ni, badan dah naik bp kilo..ahahhah..sabo je la..makan..makan..petang pulak kak cik ajak makan bihun sup umah dia..tulang2 lebihan satay, dia buat sup..hah..sup pulakkk..

enjoy tgk gambo bbq ni..cuma gambo adik kimi je tak byk sbb dia sibuk main pasir..









Thursday, 7 May 2009

Ayah beli Pushchair...jom tengok



Aku dengan huby dua2 takder pengalaman bab nak beli barang2 baby..maklumla first time nak jadi mak dan ayah..lepas aku dah boleh jalan sikit, tak pening2 muntah..huby ajak gi meadowhall..meadowhall ni kira satu2 nya supermarket yg paling beso kat sheffield ni..kat sini kedai berselerak, cuma kat meadowhall je sume kedai ada dalam tu..ala2 alamanda gitu..

Dari satu kedai ke satu kedai..aku tetap tak der idea nak bli apa..lepas lepak2 minum kat satrbucks..huby bg cadangan,'apa kata kita ushar stroller je heni'..erm..bagus gak cadangan tu, sbb mata aku dah letih melilau2 tak tau nak bli apa dulu..maklum la tak tgk checklist..tp benda yg beso2 n mahal nak bli adalah stroller, car seat, baby cot.Kat sini, kalu takder car seat, midwife tak bg bawak kuar baby..huhuhu..baby cot n carseat, wajib ada kat sini..huhhuh..

Niatnya nak bli kat carboot sale aje, sbb pitih tak byk..tp sbb sob nak jugak bli baru untuk anak kesayangan dia..so, ktrg pun ronda la..kedai baby sini, mothercare,pumkin patch,mamas n papas, adam kids..tapi sumer mahai gak la..tapi harga tak semahai dijual di Malaysia..erm..ktrg pun mengutip la brochure n booklet..balik umah baru tgk mana2 yang ada offer..

Sebulan pastu, mamas n papas buat iklan sale utk stroller yg aku ngn huby suke..wah..yang..jom la beli..nanti mahai, tak merasa nak pakai stroller baru..aku ngn huby pun oder la..sbb huby teringatkan keta merah kat mesia yang dah bukan ktrg punya tu, huby pun beli la stroller merah..ehehhe..huby kata 'yang..takder ferrarri, keta tolak ferrarri pun jadi la..ehhehe'...senyum aku time tu..suke bebeno huby ngn merah..

jeng..jeng..ni dia..mak buyung posing ngn ferrrarri..keh..keh..keh..