Sunday, 30 August 2009

Makan-makan kat rumah Nia Azalea

Minggu ni meriah sungguh acara berbuka..aku dah tak masak untuk berbuka selama 3 hari..horeyyyyyyyyyyyyy...leh rehat...hari jumaat malam berbuka kat rumah izza mail..kak ct jd organizer sbb drg nak bincang menu untuk city centre..so, menu utama kat umah mai adalah ikan masak taucu kak jan + ayam masak lemak nogori kak CT + ayam berempah kak sally + ayam masak kicap kak suhaila..yang lain2 dtg bawak kuih..aku cam besa la..buat popia..sbb tgh kemaruk makan popia..tak cemuih2..ehehhehe..

Hari kedua which is sabtu malam, ktrg berbuka kat PMC(Pakistan Muslim Centre).Menu cam aku tulis sblm ni la..daging palembang darnall..

Hari ketiga..yezzzzzzzzaaaaaa..kat umah member aku..kak afza..wah..best giler..huby dia masak curry penang..cam tak caya je org klate masak kari png..Menunya adalah..jeng..jeng..kari penang ikan salmon + sayur campur + ayam masak pedas + pasembor + khasidah (ha..khasidah ni kuih org kedah..jarang nak jumpa kat mana2)..hebat giler..aku pulak bawak kuih n sya n syim serumah bawak murtabak..sedap oo..ngn air oren + buah tembikai..so yummy..kenyang sgt..

Paling aku suka bila pi umah kak afza ni sbb aku leh makan pasembor..yang tak bestnya, time sarat ni aku takleh nak ulang 2-3 kali pasembor yang best tu, sbb perut cepat sgt la penuh..waaaaaaa..teringat2 lagi nak makan pasembo..sedapnyaa..


pasembor....yezzzzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaa


Kuih Khasidah..kuih org utara..yummy


Lauk2 yang dah tinggal sikit sbb lupa nak amik masa awai2..maklum la..lapo..nak bukak posa..kalut2..mana nak ingat..

Saturday, 29 August 2009

Majlis Iftar Ramadhan 2009

Majlis iftar di Sheffield biasanya diadakan 3 kali sepanjang ramadhan. Acara memasak pulak ikut giliran.Iftar yang aku gi kali ni, bukan giliran qariah aku yang masak, tapi qariah darnal.Orang Melayu kat sini duduk kat 3 kawasan, which is Darnall,Tinsley and city centre vs firth park.


Tahun ni maybe aku takle nak join kesemua iftar yang diadakan sbb dah sarat nak bersalin.So, aku mungkin hanya akan sempat ke iftar qariah darnal aje la..menu darnal macam biasa la, daging kambing masak palembang (resepi abg fuad n kak zurul), ayam goreng berempah n sayur + sambal blacan..sedap jugak..tapi aku teringin gak nak join city centre sbb tahun lepas aku jadi coordinator utk buat acar timun..tahun ni..resttttttttt...takdo keja

Banyak juadah yang disediakan..kuih muih sampai tak termakan..ada mee apa ntah..aku pun dah tak larat nak makan..walaupun org kata org preg leh makan utk dua..tapi aku tetap takle nak makan byk sbb cepat sgt sengkak perut..sengkak??apakah itu..ehehhe..perut dah full la..ayakkkkkk...




Tak lupa juga, ada kaunter untuk amil yang dilantik untuk bayar zakat fitrah..harga tahun ni jatuh GBP3 seorang..digalakkan bayar awai sbb drg nak salur cepat kepada orang yang memerlukan tp huby nak tgu baby keluar n bayar skali..senang..takyah dok pi dua tiga kali..sama juga dengan niat nak buat akikah..harap2 baby keluar on due la..leh buat akikah masa majlis bukak posa ni..


Seronok pergi majlis macam ni sbb leh jumpa ramai member2 yang dah lama tak jumpa..pastu dapat gak aku merasa kuih2 yang dah lama aku tak makan..sedapnyaaaaa..drg kata, ibu mengandung akan kata sumer sedap..ntahla..maybe kot..tp masalahnya..mmg sedap..walaupun tak sempat amik gambar byk..tp leh la layan sikit scnenery kat dewan berbuka..

Wednesday, 26 August 2009

Popia goreng di bulan puasa ini..


Aku dah rasa berat perut nak melangkah ke dapur..due ada 10 hari lagi..hai..bila la nak bersalin ni..suspen je..kadang2 rasa tak terdaya..kadang2 rasa kuat..so, bila time kuat sikit ni..mula la terpikio nak masak macam2..tambah pulak ada assistant nak tolong..so, kuih utk heni adalah popia goreng..kuih ni invention daripada kak fatiah n adiknya kak ja dari Manchster..gara-gara pi bukak posa umah drg la..aku makan popia ni..rasa sodap gila..tp aku tak buat2 sbb tak pandai nak buat sos atas popia tu..this time drg bg petua camne nak buat sos kat atas popia tu..so, apalagi..jom layan popia goreng punya resepi..sedap woooooooo....menjilat jari..ehehheh

Menu : Popia Goreng

Bahan Kulit
1. Kulit Popia
2. Taugeh
3. Carrot - parut kasar2
4. sengkuang - Kalu ada
5. Timun - Kalu ada

this time buat ada taugeh ngn carrot jer..kalu next time kalu ada terjumpa timun atau sengkuang leh la masukkan..lagi byk ingredient lagi sedap..Semua bahan ni masukkan dalam kulit popia n gulung..hujung kulit popia, gamkan dengan tepung jagung..takde tpg jagung, hantam je tepung apa pun..


Bahan Sos
1. Cili kering blend - 1/2 sudu besar
2. Bawang putih - tumbuk atau mayang halus - 3 biji
3. sos cili
4. gula
5. garam
6. cuka atau lemon - i tak suka cuka, so i guna lemon

Cara-cara: Tumis bawang putih, then dah kuning masukkan cili kering.Masakkan cili kering sampai pecah minyak (org kata, masak cili sampai ilang podaih)..then masukkan sedikit air, gula,garam,lemon n sos cili..sos cili tu agak2 la..byk sikit..tp jgn sampai rasa sos aje..biar masam, masin, manis,pedas sumer ado la..then, settle.


Bahan Tabur
Nak tabur atas sos popia..
1. Bawang merah
2. Kacang tumbuk
Goreng bawang sampai rangup, n tumbuk je kacang goreng sikit..kalu takder kacang, bawang aje pun bole..tabur and tabur..udahhhhhh..

sedap ni..tak caya leh try..ehehehe

Wednesday, 19 August 2009

Stroller kedua..quinny buzz

Wah..kali ni huby beli set persalinan kedua stroller..huby kata, buat basahan..ala..ni sbb dia sayang stroller merah dia tu..ferrarri la katakan..ehehhe..set ni lengkap dengan car seat base, maxi cosi carrier,maxi cosi basket, seat blue and black serta stroller quinny buzz..cam tak caya je dapat sumer ni dengan harga GBP150..nie hasil ebay..ehehhe..orang dah guna tak baru lagi..slalunya cikai2 pun org bid GBP250..kalu yang baru, stroller aje tak masuk set lain dah GBP400..hai, itulah namanya rezeki kan..

Sebenarnya,set ni tak bid pun, cuma offer GBP 150 kat seller tu,sbb bid auction lambat lagi nak tamat..huby kata kang dah due tak sempat nak guna maxi cosi idaman aku ni..so, just gatal2 tangan je email seller tu kata nak offer GBP150 sbb tgu due..tak sangka seller tu nak bg..syukur...

Jom tgk apa ibu baby dapat dengan GBP150..jeng2..




SUMER NI............

Monday, 10 August 2009

Carboot sale Junction 29,Sheffield


Heni aku ngn huby plan nak bawak cik tie gi carboot sale..Saje nak tunjuk scenery carboot sale kat cik tie..yer la..kalu tanya org malaysia kat uk ni..kalu tak gi carbbot, tak sah..Destination carboot sale this weekend adalah J29. Ini adalah kali ke-2 aku dengan huby gi carboot J29 sepanjang 2 tahun 3 bulan aku berada di UK..Carboot nie agak besar, so agak penat nak jalan sebenarnya..tp bak kata huby, pompuan kalu shopping..bp miles pun larat..ahahhaha..

Nie aku ada amik beberapa gambar utk kenangan di carboot J29..tak byk gambo aku sbb aku tukang amik gambo..huby ??ilang ntah pi mana..

Wednesday, 5 August 2009

Murtabak sheffield..

Dah beberapa hari rehat kat umah..takle nak gi mana2 disebabkan swine flu melanda sekarang ni..tambah2 ibu mengandung..takle nak makan apa2 ubat..so sebaiknya adalah..elakkan..bosan dok umah, huby pulak sibuk menghabiskan sisa-sisa lab sbb dia akan amik cuti gak untuk jaga aku bila baby dah keluar nanti..huh..tuff sungguh bila dua2 study..i wish..i'm working now..not studying..so tiring..oh god..hope you bless me and i hope everything will be fine.

Based on EDD, my pregnancy will be last on 6th Sept..roughly about 4-5weeks to go from now..i feel a little bit nervous..I never hold a baby before..can i??do i have enough energy for labour??..my cyst if fine???..blood test showed that my ion llevel drop from 11.1 to 8.8 which is below the normal..and the midwife ask me to take ion tablet 3 times perday instead of 2..uh..am i will be ok??there is another test on 13rd august..wish me luck with the Fe level..

About the air asia ticket that has been bought before..we didnt get refund..air asia just play around even they say i could get refund if i provide the dr letters previously..mmg nasib tak menyebelahi..tak dpt nak balik beraya this year..however..hepi sgt sbb this year insyaallah akan raya ber-3..ehehehe..

Sbb hepi..heni aku buat kelas masakan utk adik iparku..menunya adalah murtabak sheffild..

Bahan-Bahan
Daging (dicincang) - about 500g
Rempah kari - 3 1/2 sudu besar
Minyak - 3 sudu besar
Bawang besar - 3 ulas dihiris
Telur - 5 Biji
Kulit popia - ikut bp bijik bleh dapat murtabak

Cara-caranya
Matikan air daging, sampai agak kering.Masukkan minyak dlm daging + rempah kari + sedikit air..masakkan rempah kari..bila rempah dah masak, masukkan bawang hirisan.bila bwg dah lembik, masukkan telur..and buat bentuk kotak..then masukkan dlm kulit popia..then goreng dengan minyak sedikit..siap..

Yummy...ni dia murtabak sheffield..

Tuesday, 28 July 2009

Perjumpaan UniMAP di Manchester


Hari ni ktrg ada perjumpaan dengan staff UniMAP di Manchster.Location adalah dirumah Muammar dan Kak Hawatie.Aku ngn huby dijemput oleh kak Mila untuk tido kat umah dia..kak hawatie pun ajak sbb umah dia 3 bilik..drg ajak bermeriah-meriahan kat sana, sbb kebetulan abg nazry n kak pah pun akan tido kat umah kak hawatie..tapi..aku ngn huby terlalu letih nak drive dari oxford straight terus ke MU..so ktrg decide untuk tido kat umah and bertolak esok paginya ke Manchester.

Pukul 9 pagi camtu..aku dah siap masak..lepas makan, ktrg bertolak ke Manchester..Olleh sbb dah lama tak gi MU drive sendiri, so ktrg ikut Glossop Road, which is jalan yang nik reeves guna masa nak gi conference kat liverpool hetu..huh..mencabar n berlekuk-lekuk..adik ipar aku siap tido sbb fening lalat..aku pulak..cam besa la..jadi radio huby..klu tak dia pun tido sbb keletihan dr smlm..Lepas sejam..alhamdulillah..selamat gak sampai ke MU..masa masih awai, so ada sejam utk aku bawak adik iparku ke old trafford..walaupun tak amik stadium tour..amik gambar depan n dalam kedai pun jadila kan..cik tie..eehhehhe..


Kebetulan ada sale this time..cik tie borong sakan..tapi cam besa la..jersey tak sale2..dok GBP44++ situ la..tak mampu aku nak bli..kalu huby peminat MU, aku terpaksa la jugak beli..nasib baik dia tak minat sgt..ehehhe..selamat pitih gue..ehehhe..


Lepas bergambo n shopping sikit2..ktrg berangkat ke rumah abg Muammar..ala..dalam 10 minit je dr old trafford..dekat je..sampai je..umah dah penuh ngn staff unimap..ktrg disambut mesra oleh abg muammar n kak hawatie..drg excited ktrg dtg, sbb dah 2-3 kali kak hawatie tido umah aku..aku plak..ni la first time gi umah dia..huhuhu..bukan salah ibu ngandung yer kak tie..ehehhe..best sangat lepak2 ngn kak mila, kak pah, kak su, fiza, kak noi,kak aty..dan abg rizal afandy..pemeriah majlis..yang pastinya mmg best la..

Sempat gak aku chatting kejap ngn PM Mohabatul..walaupun kejap..huhuh..aku sempat duduk dalam 2 jam gitu n dah terpaksa mintak diri utk berangkat..takut jalan jam..keta sewa..so nak nak kena hantar on time...so dalam kul 3 ptg,ktrg pun meninggalkan majlis..n 3 org dekan ni pun dah nak berangkat ke london untuk trip seterusnya..nice to be there..


Fruit Picking at Oxfordshire



Minggu ni dah seminggu adik huby datang ke umah ktrg..so plannya nak bawak dia gi jalan2 picking buah-buahan uk..so, sbb ktrg dah janji dengan abe din n family..so destination utk picking this year is oxford..sambil2 tu boleh la bawak cik tie jalan-jalan university of oxford..mana tau, dia dpt semangat nak blaja n skor pas balik bulan january ni..ehehhe..

Ktrg sewa kereta selama 3 hari, sbb hari isnin tu nak ke manchester.Ktrg bermalam satu malam kat umah abe din..Perjalanan shef-oxford dalam 3 jam..ktrg bertolak kul 9.30pagi then sampai kat umah abe din kul 12.3o tengahari..sampai2 je..wah..kak tik hidangkan laksa n laksam..yummy..so sedapp...

Lepas lepak2 n smayang, ktrg kuar dlm kul 4.30petang, ke tempat nak picking tu..sampai je..buah epal n pear dah melambai2 sepanjang pintu masuk..tp aku rasa takle lagi ni epal n pear sbb season utk picking epal n pear is september..this season utk cherry,raspberry,strawberry,plum..

bersama abe din n family

me n huby picking plum..so sweet n yummy..


Me and huby..picking cherry..


Me and cik tie at apple farm..

Lepas je balik dari picking, ktrg terus keumah abg din..lepak2 n makan2..kak tik masak kari ikan salmon bersama courgette..sedap..sbb courgette dia tanam sendiri..tak sabar pulak nak lawat kebun kak tik..plan nak huby, sebelum berangkat esok, mesti gi jalan kebun kak tik dulu..ehehhehe

Pagi ahad(26 July 09), ktrg lepak2 makan roti canai..pastu dalam kul 11 ktrg kuar ke oxford city centre..hajatnya nak bawak cik tie ke tempat harry porter nyer shooting, tp christ church college bukak pukul 2 ptg..so ktrg pun jalan2 la kedai souvenier sekitar city centre..dan tak lupa..kedai aiskrim homemade yg kak tik promote kat ktrg..dah berkali2 aku ngidam nak makan ais krim kat sini..akhirnyaaaaa...time kasih banyak2 kat kak tik n family sbb blanja makan ais krim yg best ni..aku makan bluberry n huby makan coklat..sedap sgttttttttttt....sehingga menjilat sudu..ehehhe


Lepas menikmati ais krim yang best ni..ktrg jalan2 cr souvenier...cik tie borong..ahahha..murah pulak time ni ..ada sale agaknya..



lepas abis menjamu mata kat tempat souvenier..ktrg pergi semula kat christ church college..mak aii..beratur punya la panjang..aku ngn kak tik dah pancit nak jalan...huby n abe din decide amik gambo kot luar jela..sbb panjang sgt..tak guna tgu..nak amik gambo pun nanti tak nampak sbb org ramai sgt..so amik je la gambo kat depan area christ church college ni..




Dalam kul 3.3opetang camtu ktrg bertolak balik kerumah kak tik n abe din..Huby plan nak bertolak balik ke sheffield pukul 6..so sampai dlm kul 9..kesian betul kat kaktik..kalut dia masak kat ktrg..letihnya tak abis melayan ktrg..time kasih for everything kak tik..lepas makan ktrg gi lepak kejap kat kebun kak tik..nah..inilah hasilnya.......jeles kan bang...hhuhuhuh

bersama tuan kebun..

salad fresh..

Giant courgette kak tik..kat tesco kecik je..

with kak tik and her red potato..

Wednesday, 22 July 2009

Lepak Konvo Sheffield

Heni sya n syim ajak aku gi lepak majlis konvo izzaty. Izzaty ni hosmete sya n syim n kak mai..adik undergrad yg bakal jadi lawyer...ehehehe..Aku tak plan nak gi sbb sakit pinggang yang teramat smlm..bangun pagi pun still sakit..tapi lepas huby balik makan tengahari, huby cadangkan supaya aku jalan-jalan exercise jugak cam dr suruh...1 miles perday..

So, aku pun ajak la cik tie(adik huby yg dah ready dok umah aku tgu aku bersalin) gi jalan2..huby hantar aku ke rumah sya kat crooksmoor road..ktrg sampai dlm kul 3, so ada sejam lagi nak kuar gi lepak..izzaty kuar dewan konvo kul 4.30..so ktrg lepak2 la umah sya..kebetulan pulak, kak mai baru balik dr conference kat liverpool..wah..borak sakan ktrg..maklum la ..lama tak jumpa..pasni kak mai nak balik mesia lak 4 bln utk buat data collection..lagi lama la tak jumpa..

konvo kat shef..nampak cam best gak walaupun tak sebesar konvo kat mesia..ala2 garden konvo..takder protokol macam kat mesia..best jugak, cumanya gerai takla semeriah gerai konvo kat mesia..macam2 ada..bihun sup,mee..baju..bla.bla..sumer ada..
Kebetulan masa izzaty kuar dewan konvo, jumpa la geng2 elly..rupanya bdk2 master pun grad skali, cuma sesi je lain2..so ni la gambo lepak ktrg..jeng2..mak yong dah gemuk..


Depan:Adik huby, me, izzaty, sya, syim n sapa nama ntah tak igt..ehehhe
Blakang: Amy,Elly ngn sapa ntah nama


suasana orang keluar dewan konvo


aku yang perasan konvo..konon2 grad master nyer baju..ahahha


3 orang yang perasan konvo gak..keh..keh..keh

Tuesday, 14 July 2009

Jalan-jalan waktu petang kat weston park


Dah seminggu huby kena tunggu rumah sbb org mai tukar boiler.Heni weekend, huby pi skolah..aku pulak kalut masak sbb heni jemput nia azalea bersama suaminya fais serta ibu mertua mereka ke umah..hajatnya nak buat makan2 sikit..Yer la , sepanjang mak mertua drg sampai..dah 2 kali ktrg makan kat umah drg..nasi kerabu lak tu..ehehhe..sedapnya..

Aku ajak sya n syim serumah, tapi kak mai takder..sbb dia ada conference..izzati pulak, dah abis exam..merayau ntah ke mana..ehehe..enjoy betui dia..sya pulak ada 3rd year talk, so tgh siapkan dia nyer presentation..alih2 yg dtg, family nia ajela..takpe la..tetap meriah umah aku..

Menu harini adalah..nasi beriani + ayam masak merah + kurma daging + kari daging + acar timun..yummy..semua org tambah melebihi 2 pinggan..yahoo..kira pass la aku masak..muahahha...rugi makcik sya tak dtg..ehehheh..nia bawak cucuq udang n buah..huhu...kenyang betul makan..alhamdulillah..rezeki..

Jemputan datang kul 5 sbb huby balik lab kul 3..so lepas huby balik..smayang2..aku pun ajak la huby kuar jalan2 weston park kejap, sbb lama terperuk kat umah..bosan gila dah..bestnya dapat jalan2 kat sini..tenang rasa...