Wednesday, 16 September 2009

Hadiah untuk Faris..


Wahhhhhhhh..banyaknya hadiah sempena kelahiran puteraku Amir Faris...sayang betui aunty2 and uncle2 Faris kt Faris yer..ibu upload gambo ni yer faris..nanti besar Faris tgk tau..Banyak betui rezeki Amir Faris..Dikesempatan ini, zana nak ucapkan terima kasih atas pengharggan yang diberi,segala ucapan tahniah dan doa, sms, makanan yang dimasak selama 3 minggu berturut2 yang dianjurkan oleh masyarakat melayu sheffield,hadiah serta ziarah oleh rakan-rakan semua.Jasa kalian akan kukenang sehingga akhir hayat..


From Aunty Sya,Syim and Lisa



From Aunty Nia Azalea and Uncle Fais


From my ex-labmate..Emma McCabe..


From Aunty Rina and Uncle Husin


From Aunty Zafriza and Uncle Zuhri


From Aunty Rya


From Aunty Dila and Yen


From Aunty Lina and Naim


From Aunty Siti Rahayu dan abg Aiman


From Aunty Fatiah and Abg Zaini


From Aunty Zura and Uncle Azam


From Aunty Hawatie and Abg Muammar


From Aunty Sally and Dato Khir...ehehhe..Dato n datin main2 je ni..ehehhe


From kak yati n abg zizi


From Uncle Mail and Aunty Izza


From Aunty Beata Zalinska


From Uncle Zi Fu Li


From Aunty Ida and Uncle Najib


From Aunty Laily and Ustad Hasri
From Kampung...kak la n Kak ma

Monday, 14 September 2009

Amir Faris ..untuk tatapan family







Tak sempat lg nk write down..so just upload gambo Faris untuk my lovely family kat Malaysia.

Tuesday, 1 September 2009

Hadiah besday for Huby

Tahun ni nyer besday tak tau nak bagi apa kat huby..tp disebabkan abg naim ada candid beberapa gambar ni..ehehhe..nampak sgt yang huby rupa-rupanya minat gak ngn bendaalah ni..tgk preview ni sblm ibu decide nak beli benda ni kat huby..ehehehe..Thanks abg naim for the idea utk present huby this year..



Ermm. actually..besday huby lambat lagi..tp baby dh nak due..camne ni..kang tak sempat nak keluar cari hadiah buat suprise..aku dalam pantang by the time huby nyer besday this year..So, kali ni decide untuk bagi hadiah kat huby tersayang awai sikit dari tarikhnya..huh..bukan awai sikit ni, awai dekat sebulan gak ni..ehehhe..

Sesi mengoder telah berjalan..odernya sebulan yang lalu, sbb tarikh release this product is at the end of the August..so, cantek gak la..sampai hujung August..

Jom tgk apa huby dapat untuk hadiah besday..wah...ni sumer untuk amik gambar baby tau..jeng..jeng..





Nasi kerabu untuk berbuka



Heni semangat aku ngn cik tie masak nasi kerabu klate..sedap..walaupun takder ulam-ulaman kampung, tp boleh la digunakan ulam-ulaman apa yang ada diperantauan..nanti leh share resepi kat sini..

RESEPI NASI KERABU ( 3 ORG MAKAN)
Nasi
1. Ktrg pakai nasi putih aje

Ulam-ulaman
1. Salad campur
2. Timun
3. Kacang ( kalu ada ulam kampung cam pegaga lagi best)


/Lauk-pauk
/A. Ikan Salmon Celup Tepung
1. Tepung beras + tepung kentucky + garam + kunyit (bubuh serba sikit)

Cara-caranya : bancuh semua bahan ni, cam bancuh cucuq..then masukkan ikan n goreng


/B. Daging goreng kunyit
1. Daging with kunyit n garam + sos tiram + bawang putih + bwg merah + cili merah

Cara-caranya : Daging tu pas basuh n toskan, masukkan kunyit n garam.Then masukkan dalam kuali, goreng tanpa minyak sampai air daging tu keluar semua.Dah agak kering air daging, masukkan minyak dlm 4 -5 sudu, then masukkan sikit sos tiram, bawang2 and cili.Bila dah layu bawang tu, leh la angkat n hidangkan.


Sambal Kelapa
1. Ikan makarel 1 ekor (saiz kecik la..kalu takder makarel pakai ikan kembung 3 ekor)
2. Kelapa parut( aku guna desicated coconut-dalam 3/4 cawan)
3. Halia - besar sikit pd ibu jari (tumbuk-bubuh sampai rasa la senang ckp)
4. Serai - dalam 4-5 batang, ikut berasa serai ke idak bila gaul nanti.
5. Bawang putih - 1 ulas
6. Garam n gula ikut rasa

Cara-caranya: Goreng kelapa sampai agak kekuningan, angkat n masukkan bahan tumbuk(halia+serai+bwg putih).Gaulkan dan masukkan garam dan gula..rasa sikit, kalu dah cukup combination tu rasa serai,halia,garam n gula kira ok la..kalu nak leh letak budu satu camca kecik.


Sambal Pedas
1. Cili blend( kalu dah blend, aku guna 3 sudu besar,kalu tak blend lagi buh la 4-5 biji ikut suka, sbb kalu nak pedas buh byk)
2. Santan
3. Garam and gula
4. Serai 2 Batang + halia 1 inci + sebiji bawang besar (mesin)

Cara-cara: Tumis bahan mesin sampai masak, masukkan cili blend.Masakkan sampai ilang pedas.Masukkan santan secukupnya, dan garam serta gula..masakkan sampai pecah minyak..then rasa..and angkat.



Budu Goreng
Nie optional..kalu tanak goreng, just masukkan cili padi and lemon.Kalu nak buat ikut resepi goreng..ha..tgk sini.

Cara-caranya : Tumis bawang putih (1 biji),then masukkan cili blend 1 camca kecik.Tumis cili n bawang sampai masak dulu then masukkan budu dalam suku cawan dan sedikit air.

Sunday, 30 August 2009

Makan-makan kat rumah Nia Azalea

Minggu ni meriah sungguh acara berbuka..aku dah tak masak untuk berbuka selama 3 hari..horeyyyyyyyyyyyyy...leh rehat...hari jumaat malam berbuka kat rumah izza mail..kak ct jd organizer sbb drg nak bincang menu untuk city centre..so, menu utama kat umah mai adalah ikan masak taucu kak jan + ayam masak lemak nogori kak CT + ayam berempah kak sally + ayam masak kicap kak suhaila..yang lain2 dtg bawak kuih..aku cam besa la..buat popia..sbb tgh kemaruk makan popia..tak cemuih2..ehehhehe..

Hari kedua which is sabtu malam, ktrg berbuka kat PMC(Pakistan Muslim Centre).Menu cam aku tulis sblm ni la..daging palembang darnall..

Hari ketiga..yezzzzzzzzaaaaaa..kat umah member aku..kak afza..wah..best giler..huby dia masak curry penang..cam tak caya je org klate masak kari png..Menunya adalah..jeng..jeng..kari penang ikan salmon + sayur campur + ayam masak pedas + pasembor + khasidah (ha..khasidah ni kuih org kedah..jarang nak jumpa kat mana2)..hebat giler..aku pulak bawak kuih n sya n syim serumah bawak murtabak..sedap oo..ngn air oren + buah tembikai..so yummy..kenyang sgt..

Paling aku suka bila pi umah kak afza ni sbb aku leh makan pasembor..yang tak bestnya, time sarat ni aku takleh nak ulang 2-3 kali pasembor yang best tu, sbb perut cepat sgt la penuh..waaaaaaa..teringat2 lagi nak makan pasembo..sedapnyaa..


pasembor....yezzzzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaa


Kuih Khasidah..kuih org utara..yummy


Lauk2 yang dah tinggal sikit sbb lupa nak amik masa awai2..maklum la..lapo..nak bukak posa..kalut2..mana nak ingat..

Saturday, 29 August 2009

Majlis Iftar Ramadhan 2009

Majlis iftar di Sheffield biasanya diadakan 3 kali sepanjang ramadhan. Acara memasak pulak ikut giliran.Iftar yang aku gi kali ni, bukan giliran qariah aku yang masak, tapi qariah darnal.Orang Melayu kat sini duduk kat 3 kawasan, which is Darnall,Tinsley and city centre vs firth park.


Tahun ni maybe aku takle nak join kesemua iftar yang diadakan sbb dah sarat nak bersalin.So, aku mungkin hanya akan sempat ke iftar qariah darnal aje la..menu darnal macam biasa la, daging kambing masak palembang (resepi abg fuad n kak zurul), ayam goreng berempah n sayur + sambal blacan..sedap jugak..tapi aku teringin gak nak join city centre sbb tahun lepas aku jadi coordinator utk buat acar timun..tahun ni..resttttttttt...takdo keja

Banyak juadah yang disediakan..kuih muih sampai tak termakan..ada mee apa ntah..aku pun dah tak larat nak makan..walaupun org kata org preg leh makan utk dua..tapi aku tetap takle nak makan byk sbb cepat sgt sengkak perut..sengkak??apakah itu..ehehhe..perut dah full la..ayakkkkkk...




Tak lupa juga, ada kaunter untuk amil yang dilantik untuk bayar zakat fitrah..harga tahun ni jatuh GBP3 seorang..digalakkan bayar awai sbb drg nak salur cepat kepada orang yang memerlukan tp huby nak tgu baby keluar n bayar skali..senang..takyah dok pi dua tiga kali..sama juga dengan niat nak buat akikah..harap2 baby keluar on due la..leh buat akikah masa majlis bukak posa ni..


Seronok pergi majlis macam ni sbb leh jumpa ramai member2 yang dah lama tak jumpa..pastu dapat gak aku merasa kuih2 yang dah lama aku tak makan..sedapnyaaaaa..drg kata, ibu mengandung akan kata sumer sedap..ntahla..maybe kot..tp masalahnya..mmg sedap..walaupun tak sempat amik gambar byk..tp leh la layan sikit scnenery kat dewan berbuka..

Wednesday, 26 August 2009

Popia goreng di bulan puasa ini..


Aku dah rasa berat perut nak melangkah ke dapur..due ada 10 hari lagi..hai..bila la nak bersalin ni..suspen je..kadang2 rasa tak terdaya..kadang2 rasa kuat..so, bila time kuat sikit ni..mula la terpikio nak masak macam2..tambah pulak ada assistant nak tolong..so, kuih utk heni adalah popia goreng..kuih ni invention daripada kak fatiah n adiknya kak ja dari Manchster..gara-gara pi bukak posa umah drg la..aku makan popia ni..rasa sodap gila..tp aku tak buat2 sbb tak pandai nak buat sos atas popia tu..this time drg bg petua camne nak buat sos kat atas popia tu..so, apalagi..jom layan popia goreng punya resepi..sedap woooooooo....menjilat jari..ehehheh

Menu : Popia Goreng

Bahan Kulit
1. Kulit Popia
2. Taugeh
3. Carrot - parut kasar2
4. sengkuang - Kalu ada
5. Timun - Kalu ada

this time buat ada taugeh ngn carrot jer..kalu next time kalu ada terjumpa timun atau sengkuang leh la masukkan..lagi byk ingredient lagi sedap..Semua bahan ni masukkan dalam kulit popia n gulung..hujung kulit popia, gamkan dengan tepung jagung..takde tpg jagung, hantam je tepung apa pun..


Bahan Sos
1. Cili kering blend - 1/2 sudu besar
2. Bawang putih - tumbuk atau mayang halus - 3 biji
3. sos cili
4. gula
5. garam
6. cuka atau lemon - i tak suka cuka, so i guna lemon

Cara-cara: Tumis bawang putih, then dah kuning masukkan cili kering.Masakkan cili kering sampai pecah minyak (org kata, masak cili sampai ilang podaih)..then masukkan sedikit air, gula,garam,lemon n sos cili..sos cili tu agak2 la..byk sikit..tp jgn sampai rasa sos aje..biar masam, masin, manis,pedas sumer ado la..then, settle.


Bahan Tabur
Nak tabur atas sos popia..
1. Bawang merah
2. Kacang tumbuk
Goreng bawang sampai rangup, n tumbuk je kacang goreng sikit..kalu takder kacang, bawang aje pun bole..tabur and tabur..udahhhhhh..

sedap ni..tak caya leh try..ehehehe

Wednesday, 19 August 2009

Stroller kedua..quinny buzz

Wah..kali ni huby beli set persalinan kedua stroller..huby kata, buat basahan..ala..ni sbb dia sayang stroller merah dia tu..ferrarri la katakan..ehehhe..set ni lengkap dengan car seat base, maxi cosi carrier,maxi cosi basket, seat blue and black serta stroller quinny buzz..cam tak caya je dapat sumer ni dengan harga GBP150..nie hasil ebay..ehehhe..orang dah guna tak baru lagi..slalunya cikai2 pun org bid GBP250..kalu yang baru, stroller aje tak masuk set lain dah GBP400..hai, itulah namanya rezeki kan..

Sebenarnya,set ni tak bid pun, cuma offer GBP 150 kat seller tu,sbb bid auction lambat lagi nak tamat..huby kata kang dah due tak sempat nak guna maxi cosi idaman aku ni..so, just gatal2 tangan je email seller tu kata nak offer GBP150 sbb tgu due..tak sangka seller tu nak bg..syukur...

Jom tgk apa ibu baby dapat dengan GBP150..jeng2..




SUMER NI............

Monday, 10 August 2009

Carboot sale Junction 29,Sheffield


Heni aku ngn huby plan nak bawak cik tie gi carboot sale..Saje nak tunjuk scenery carboot sale kat cik tie..yer la..kalu tanya org malaysia kat uk ni..kalu tak gi carbbot, tak sah..Destination carboot sale this weekend adalah J29. Ini adalah kali ke-2 aku dengan huby gi carboot J29 sepanjang 2 tahun 3 bulan aku berada di UK..Carboot nie agak besar, so agak penat nak jalan sebenarnya..tp bak kata huby, pompuan kalu shopping..bp miles pun larat..ahahhaha..

Nie aku ada amik beberapa gambar utk kenangan di carboot J29..tak byk gambo aku sbb aku tukang amik gambo..huby ??ilang ntah pi mana..

Wednesday, 5 August 2009

Murtabak sheffield..

Dah beberapa hari rehat kat umah..takle nak gi mana2 disebabkan swine flu melanda sekarang ni..tambah2 ibu mengandung..takle nak makan apa2 ubat..so sebaiknya adalah..elakkan..bosan dok umah, huby pulak sibuk menghabiskan sisa-sisa lab sbb dia akan amik cuti gak untuk jaga aku bila baby dah keluar nanti..huh..tuff sungguh bila dua2 study..i wish..i'm working now..not studying..so tiring..oh god..hope you bless me and i hope everything will be fine.

Based on EDD, my pregnancy will be last on 6th Sept..roughly about 4-5weeks to go from now..i feel a little bit nervous..I never hold a baby before..can i??do i have enough energy for labour??..my cyst if fine???..blood test showed that my ion llevel drop from 11.1 to 8.8 which is below the normal..and the midwife ask me to take ion tablet 3 times perday instead of 2..uh..am i will be ok??there is another test on 13rd august..wish me luck with the Fe level..

About the air asia ticket that has been bought before..we didnt get refund..air asia just play around even they say i could get refund if i provide the dr letters previously..mmg nasib tak menyebelahi..tak dpt nak balik beraya this year..however..hepi sgt sbb this year insyaallah akan raya ber-3..ehehehe..

Sbb hepi..heni aku buat kelas masakan utk adik iparku..menunya adalah murtabak sheffild..

Bahan-Bahan
Daging (dicincang) - about 500g
Rempah kari - 3 1/2 sudu besar
Minyak - 3 sudu besar
Bawang besar - 3 ulas dihiris
Telur - 5 Biji
Kulit popia - ikut bp bijik bleh dapat murtabak

Cara-caranya
Matikan air daging, sampai agak kering.Masukkan minyak dlm daging + rempah kari + sedikit air..masakkan rempah kari..bila rempah dah masak, masukkan bawang hirisan.bila bwg dah lembik, masukkan telur..and buat bentuk kotak..then masukkan dlm kulit popia..then goreng dengan minyak sedikit..siap..

Yummy...ni dia murtabak sheffield..